Sunday 22 July 2012

aku takut lipas

 Assalamualaikum..
 
Hari ni terbaca satu info pasal lipas yang di share oleh seorang kawan fb, aku tertarik nak baca info ni sebab penakut dengan lipas ni.. ye la, serangga ni dah la suka terbang dan merayap.yang terbang tu paling takut,hehe..memang tak boleh tido la kalo serangga ni ada dalam bilik. masa belajar dulu duduk kat rumah sewa memang lipas ni selalu masuk bilik kteorang, siap beli ridsect nak halau binatang ni, tapi die selalu datang balik. ade org kate kalo kite bunuh die, lagi die banyak datang,hehe..


Ini 20 fakta tentang LIPAS

1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya
14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

info ni ambil dari link ini  http://www.myberita.com/20-fakta-menarik-tentang-lipas2/

Friday 20 July 2012

SelamaT BerpuasA

Assalamuaikum..

sekejap je masa berlalu, tup2 kita dah sampai bulan ramadhan ni.. bulan yang penuh barakah dan kita dapat kumpul banyak pahala,

malam ni saya xdapat g terawih sebab baru balik keje pukul 9 tadi, xpe esok balik kampung, insyallah dapat g terawih ngan family.

dalam penat2 ni, sempat wat entry yg simple pasal nak berpuasa esok.. sahur nant masak sardin jer, maklum la org bujang kan,hehe..

selamat berpose kawan2 sume.. hope kite semua dapat menjalani ibadah pose tahun ni dengan lebih sempurna.. Aamiin.. ^_^

Monday 16 July 2012

Segmen Ayu : Saya Blogger Dari ....



assalamualaikum...

 Thanks a lot to http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/ yg invite saya pasal segment ayu ni..akak la mentor blog saya ni, ^_^

Saya blogger dari Pekan,Pahang.. saya memang org jati pekan  sebab kampung mak dan ayah sebelah2 jer,hehe.. so, xde nak berebut balik raya kampung sape2 tiap tahun.. Pekan ni dikenali dengan name Bandar Di Raja, kat cni famous ngan murtabak mengkasar, Padang Polo, dan tempat kelahiran perdana menteri kite.

ni je dapat cerita kan. harap sudi join blog ni dan komen jika ade kekurangan sesuatu.^_^